Wednesday, 21 September 2011

CHILDHOOD    


Anda Pernah Lihat?    你看过吗? 
                                                           


Kad-kad kecil ini telah digantikan dengan kad "UNO"
Anak murid kitat pernah lihat buah biji ini?
 Ia merupakan salah satu permainan yang menyeronokkan.
Permainan ini jarang didapati pada masa kini.  
Murid-murid kita yang lahir dalam 90'an,
adakah anda tahu patung kertas ini merupakan
 permainan yang seronok bagi ibu anda?  
Permainan ini telah dipelbagaikan coarak dan bentuknya untuk menarik perhatian generasi muda kita.  


Permainan ini telah digantikan dengan permainan yang canggih seperti PS, Xbox dan Ipad 

Makanan ringan ini sedap dimakan, pernahkah anda cuba?




Camera berfilm. Kamu pernah nampak negatif film?
Kaset?  Kamu masih gunakannya?
Video tape.

Botol Air Milo.
Berbanding dengan zaman lalu,
botol air kini lagi cantik dan serbaguna.


Sunday, 18 September 2011

Lawatan Sambil Belajar Ke Rabbit Fun Land

Karnival Kesedaran Industri Arnab Kepada
Murid-murid Sekolah Rendah Daerah Hulu Langat

Tempat           : Rabbit Fun Land, Broga Semenyih.
Tarikh             : 20 Julai 2011

            Pada hari tersebut, Saya telah membawa empat orang murid untuk menghadiri karnival ini. Murid-murid yang turut menyertai karnival ini dari tahun 4K, mereka ialah Eugene Cheng Seong Zhun, Lim Run Yuan, Liew Man Ru dan Tan Ruo Qian.
            Murid-murid telah diberikan keterangan bagaimana pertumbuhan kitaran arnab, cara menyusu arnab, memberikan makanan kepada arnab, dan pertandingan menghias arnab. Rabbit Fun Land juga merupakan sebuah rekreasi yang sesuai bagi keluarga. Murid-murid dapat menambah ilmu pengetahuan dan pengalaman melalui lawatan ini.

Yeah, mari bergambar dengan arnab yang comel itu!

Arnab yang berusia 14-16 hari


Gembira dan seronok bagi lawatan ini!

Cara memegang arnab yang betul

Sunday, 11 September 2011

Kursus Keusahawan Penternakan Arnab Secara Komersial Program Latihan 1 Malaysia



Kursus Keusahawan Penternakan Arnab
Secara Komersial Program Latihan 1 Malaysia

Tempat           : Rabbit Fun Land, Broga Semenyih.
Tarikh             : 18, 19 dan 26 Jun 2011

            Program dijalankan untuk memperkenalkan pasaran daging arnab di Malaysia. Program ini juga telah banyak memberikan maklumat tentang pertumbuhan kitaran arnab, cara menyusu arnab, cara memberikan makanan kepada arnab, membina sarang (tempat tinggal) arnab, cara memastikan arnab betina yang sedia mengawan dan cara mengawan.

Penerangan bagi:
Pertumbuhan kitaran arnab
Arnab betina akan menggunakan 28-30 hari untuk melahirakan arnab. Biasanya arnab betina akan melahirkan sebanyak 5-8 ekor arnab.

Cara menyusu arnab
Bagi arnab betina yang sudah melahirkan arnab kecil, ia akan menyusu anaknya sendiri, sekiranya arnab betina tersebut melahirkan arnab pertama kali, pekerja-pekerja akan menolong menyusu arnab supaya memastikan semua arnab yang baru lahir mendapat penyusuan.

Cara memberikan makanan kepada arnab
Semasa memberikan makanan kepada arnab, bekas makanan tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk mengelakkan arnab termakan tahi arnab. Makanan diberi hanya sehari sekali.

Membina sarang arnab
Sarang dibina dan dibahagikan kepada 8 bahagian, 7 bahagian adalah arnab betina dan 1 bahagian untuk arnab jantan. (Sila rujuk fail)

Cara memastikan arnab betina yang sedia mengawan
Bagi memastikan arnab betina tersebut telah bersedia mengawan, kemaluan arnab betina tersebut akan merah-kemerahan.
Cara mengawan
Arnab betina dihantar ke bahagian arnab jantan untuk mengawan. Sebaik saja mengawan, arnab jantan akan terbaling.

contoh kitaran pertumbuhan arnab



cara menyusu arnab