Sunday, 11 September 2011

Kursus Keusahawan Penternakan Arnab Secara Komersial Program Latihan 1 Malaysia



Kursus Keusahawan Penternakan Arnab
Secara Komersial Program Latihan 1 Malaysia

Tempat           : Rabbit Fun Land, Broga Semenyih.
Tarikh             : 18, 19 dan 26 Jun 2011

            Program dijalankan untuk memperkenalkan pasaran daging arnab di Malaysia. Program ini juga telah banyak memberikan maklumat tentang pertumbuhan kitaran arnab, cara menyusu arnab, cara memberikan makanan kepada arnab, membina sarang (tempat tinggal) arnab, cara memastikan arnab betina yang sedia mengawan dan cara mengawan.

Penerangan bagi:
Pertumbuhan kitaran arnab
Arnab betina akan menggunakan 28-30 hari untuk melahirakan arnab. Biasanya arnab betina akan melahirkan sebanyak 5-8 ekor arnab.

Cara menyusu arnab
Bagi arnab betina yang sudah melahirkan arnab kecil, ia akan menyusu anaknya sendiri, sekiranya arnab betina tersebut melahirkan arnab pertama kali, pekerja-pekerja akan menolong menyusu arnab supaya memastikan semua arnab yang baru lahir mendapat penyusuan.

Cara memberikan makanan kepada arnab
Semasa memberikan makanan kepada arnab, bekas makanan tersebut perlu dibersihkan terlebih dahulu untuk mengelakkan arnab termakan tahi arnab. Makanan diberi hanya sehari sekali.

Membina sarang arnab
Sarang dibina dan dibahagikan kepada 8 bahagian, 7 bahagian adalah arnab betina dan 1 bahagian untuk arnab jantan. (Sila rujuk fail)

Cara memastikan arnab betina yang sedia mengawan
Bagi memastikan arnab betina tersebut telah bersedia mengawan, kemaluan arnab betina tersebut akan merah-kemerahan.
Cara mengawan
Arnab betina dihantar ke bahagian arnab jantan untuk mengawan. Sebaik saja mengawan, arnab jantan akan terbaling.

contoh kitaran pertumbuhan arnab



cara menyusu arnab                                            




No comments:

Post a Comment